Thursday 20 September 2012

Happy Ending?

       'Kenapa setiap kali aku suka seseorang, dia akan menyukai orang lain?' Mika berbisik dalam hatinya. Dia sakit hati, patah hati, semuanya ada kerana dia selalu bertepuk sebelah tangan setiap kali menyukai seorang lelaki.

       Mika hanya mampu ignore. Dia lebih baik melupakannya daripada menahan kesakitan menyukainya. Mika mahu fokus dalam pelajarannya sahaja. Dia sudah fade-up dengan perkara sebegitu. 'If loving someone is too much pain, than I don't want to love anymore.' Mika berbisik dalam hati.

       Dua bulan pun berlalu dan Mika dapat melupakan jejaka yang disukainya selama ini. Hari itu Program Sukan dan Permainan diadakan disekolah mereka. Mika, Hikari dan Ren berjalan-jalan sekeliling sekolah untuk melihat apa yang dijual pelajar-pelajar lain. 

       Dalam perjalanan,  Mika terserempak dengan senior sekolahnya. Jantung Mika tiba-tiba berdegup kencang. 'Kenapa dengan aku ni? Takkanlah tengok Hiro-san aku pun mahu berdebar' Mika semakin dekat dengan Hiro apabila "Hai Hiro-san" Mika dengan tiba-tibanya menegur Hiro. Hiro mengangkat tangannya dan memberi senyuman yang manis.

       Jantung Mika berdegup dengan kencang. Mika terkaku dan lidahnya kelu. Hikari dan Ren terkejut melihat apa yang telah berlaku. "Wei, kenapa kau tetiba tegur Hiro-san? Kau dah biasa ke tegur dia?" tanya Hikari hendak tahu. Ren pun mengangkat kening hairan juga.

       "Aku pun tak tahu. word tu tetiba sahaja keluar dari mulut aku." Mika berkata dengan suara yang kecil.

       Sejak hari itu, Mika seolah-olah telah memlakan cerita baru dalam hidupnya. Pagi, petang, siang, malam dia memikirkan senyuman Hiro yang manis semanis cotton candy.

       Keesokan harinya, Mika bertembung dengan Hiro sekali lagi. Mika hendak mengelak dari menegur Hiro tetapi dia tak dapat elak kerana belum sempat lagi Mika hendak menunduk mukanya, Hiro yang memberi senyuman kepada Mika.

       'Oh? Hiro-san. Kau senyum kat aku. Kau yang mula dulu.' Jantung Mika mula berdegup kencang. Mukanya bertukar warna merah padam. Mika membalas senyuman Hiro dan berlalu pergi sahaja.

       Dalam kelas, Mika termenung. Ren yang bercakap tidak dilayan. " Mika?! Kau dengar tak aku cakap ni? " Ren menggoncang badan Mika.

       " Ah? Apa kau cakap tadi? Maaf." Mika balas tetapi masih termenung melihat kelas Hiro ari jarak jauh.

       " Kenapa kau asyik termenung saja dari tadi? Apa yang kau tengok kat luar sana?" Hikari tanya sambil menghayunkan tangannya di depan muka Mika. Mata Ren dan Hikari sama-sama memerhati di luar.

       " Eh? Kau termenung tengok kelas Hiro-san ke?" tanya Ren. Mika hanya mengangguk lalu tersenyum.

       " Hei! Kau tetiba senyum tengok kami macam orang gila tu apasal?! Menyeramkan tahu tak!" Hikari menolak kepala Mika lalu kepalanya terhantuk ke dinding.

       " Ouch! Hikari~. Sakitttttttt " Mika menggosokkan kepalanya yang terhantuk ke dinding. Dia tetiba memeluk Hikari dan Ren. "Hekhek. Kau tahu tak, tadi kan, aktu kita kat kantin, aku cuba elak dari menegur Hiro-san. Tapi, sebelum aku sempat menunkkan kepala, dia yang senyum dulu!" Mika bercerita dengan manjanya.

       " Apalah kau ni Mika. Tadi kau nangis sebab kepala kau sakit. Ni, tetiba saja peluk kami dan kau ceria mengalahkan kanak-kanak." Ren bergurau dengan Mika.

       " Tapi, yang kau ceritakan tadi aku

Tuesday 5 June 2012

The Story Only I Didn't Know


 ‘Yoonji….aku rasa kita patut berjumpa…’Yoonji mencapai telefon bimbitnya dan membaca sms yang baru sahaja diterimanya.Andrew nak jumpa aku?seronoknya…baju apa yang aku patut pakai?hmm…nak pakai dress jelah.Mungkin dia nak ajak aku pergi date..hehehe.Yoonji segera pergi membuka almari pakaiannya dan mengambil baju yang dia suka.                            
           Beberapa minit kemudian,dia turun ke tingkat bawah rumahnya dan meluru kearah ibunya yang sedang memotong buah.
           “Ma,Yoonji nak pergi keluar sekejap ye..nanti balik k”Dia mencium pipi mamanya dan mengambil sepotong buah epal lalu berlari keluar rumahnya.Eh…dia nak jumpa aku kat mana hah?hmmm…baik aku tanya.
            “Andrew..kita nak jumpa kat mana ni”Yoonji menelefon Andrew.
            “Kita jumpa kat rumah aku jelah”Andrew menjawab dengan nada suara yang mendatar menyebabkan Yoonji merasa curiga dengan perubahan sikapnya itu.
            Yoonji terlalu takut jika Andrew meminta mereka untuk menamatkan hubungan mereka kerana sejak kebelakangan ini Andrew melayan Yoonji dengan sikap sambil lewa.Kerana takut kejadian yang sama berulang lagi setelah dia ditinggalkan oleh teman lelakinya dulu,dia berlari untuk pergi ke rumah Andrew.
             Yoonji menekan loceng rumah Andrew setelah dia sampai di hadapan rumahnya.Tidak lama kemudian,Andrew membuka pintu rumahnya.
             "WOW!erm..tak,maksud aku kenapa dengan baju kau tu?"soalnya sambil munuding kearah baju Yoonji yang kotor itu.
             "Oh..ini,takde papelah...cuma masa aku nak datang ke sini tadi ada sebuah kereta yang dah melalui lopak air dan aku telah terkena tempiasnya."Jelas Yoonji sambil mengelap kesan lumpur yang ada pada bajunya menggunakan tangannya.
              "Tak kesahlah apa pun..yang penting kau dah datang"Andrew berkata sambil mempelawa Yoonji duduk di sebuah kerusi.Yoonji hanya tersenyum tawar melihat cara Andrew melayaninya.
              "Yoonji...aku rasa..kita patut berpisah"Andrew menjelaskan niatnya yang sebenar dengan meminta Yoonji untuk datang kerumahnya.
              "Tapi...kenapa?bukankah kau dah berjanji untuk tetap mencintai aku,kau cuma berguraukan"Yoonji menangis lalu bangkit dari tempat duduknya dan memegang pipi Andrew.
               "Maafkan aku tapi,aku rasa kita dah tak serasi lagi"Andrew berkata lantas memeluk Yoonji dengan harapan dapat menenangkannya.
               "Tak serasi?kenapa!!sebab ada pompuan lain yang lebih serasi untuk bersama dengan kau daripada aku?!itu yang kau nak katakan sebenarnyakan!!"Yoonji menolak Andrew lalu mengelap air matanya.
                "Yoonji..dengar dulu penjelasan aku."Andrew berkata sambil memegang tangan Yoonji dengan erat.Yoonji segera menepis tangan Andrew lalu berkata.
               "Andrew...kalau kau dah tak sayang lagi dekat aku..takpelah aku rela melepaskan kau"Yoonji berkata dengan senyuman dan menyeka air matanya lantas pergi meninggalkan Andrew bersendirian.Andrew melabuhkan punggungnya di kerusi dan mengusap rambutnya.Maafkan aku Yoonji...tapi hati aku bukan milik kau lagi...Andrew berbisik lantas menyandarkan badannya ke kerusi itu.Yoonji berlari pergi meninggalkan rumah Andrew dengan segera.Kenapa aku selalu tak bertuah dalam percintaan,adakah aku kurang pengalaman dalam percintaan?Ini....ini dah kali kelima aku ditinggalkan..dan alasan mereka semuanya sama...tak serasi...Yoonji menangis lalu duduk di atas buaian di sebuah taman yang berdekatan.
              "Kring...kring...kring"Telefon Yoonji berbunyi.Dia mellihat nama pemanggil lalu menjawab panggilan itu.
             "Baiklah,ma..Yoonji balik sekarang"Dia terus menekan punat merah lalu bangkit meninggalkan tempat itu.

            Yoonji membuka pintu rumahnya dan terus masuk lalu membuka kasutnya.Mamaya memanggil namanya tetapi dia tidak mengendahkannya dan terus masuk ke biliknya.Mamanya cuma mampu menggelengkan kepalanya melihat perangai anaknya itu.
     
-Seminggu Kemudian-
-Waktu Rehat-Atas Bumbung Sekolah-

           "Argh...Aku masih tak dapat lupakan si Andrew tu"Yoonji bercakap seorang diri sambil melihat pemandangan sekolahnya dari atas.
           "Rasa macam dah takda sebab untuk aku terus hidup...Baik aku bunuh diri sekarang"Yoonji memanjat pagar di atas bumbung sekolahnya dan mendepakan tangannya sambil menutup matanya.
           'Tapi...kalau aku mati..sape nak jaga mama?..Hmm,takde gunanya aku mati sebab si Andrew tu..ambik angin jelah'Yoonji masih berada di dalam kedudukan tadi sambil berbisik sendirian.Tanpa disedari,ada seorang budak lelaki yang sedang memerhati Yoonji dari tadi.Budak lelaki itu terkejut melihat Yoonji memanjat pagar itu dan berfikir bahawa dia ingin membunuh diri lalu dengan pantas dia berlari ke arah Yoonji lalu memaut pinggang Yoonji.Mereka berdua jatuh ke lantai bumbung itu lalu budak lelaki itu berkata.
         "WEI!!KAU DAH GILA KE HAH?!APSAL NAK MATI SANGAT NI!!DAH LAMA SANGAT KE KAU HIDUP NI HAH"jerit budak lelaki itu lantas membuatkan Yoonji kehilangan kata-katanya.
         "APSAL DIAM!!JAWABLAH!!"Yoonji melihat budak lelaki itu tanpa mengerdipkan matanya dan tiba-tiba air matanya mengalir ke pipinya.
          "Wei..apsal nangis ni,maafkan aku aku cuma...erm,aku cuma panik je tadi."Budak lelaki itu menggelabah setelah melihat Yoonji mengangis dan berusaha memujuknya.Dia menyeka air mata Yoonji dengan lembut lalu memeluknya.
          "Aku tak tau apsal kau bunuh diri tapi..aku tak nak ada sebarang kes bunuh diri kat sekolah kita ni"Yoonji terkedu mendengar penjelasan budak itu lalu berkata.
          "Kau kenal aku ke..dan apsal kau peluk aku.."Yoonji bercakap seolah olah berbisik menyebabkan budak lelaki itu melepaskan pelukannya dan mendekatkan telinganya ke arah mulut Yoonji.
          "Apa kau kata tadi?tak dengarlah"Yoonji menolak kepala budak itu dan menggeleng perlahan.
          "Hmm..suka hati kaulah"Dia bangun dan berjalan untuk pergi ke kelasnya sendiri memandangkan loceng dah berbunyi.Pada saat inilah Yoonji memanggilnya.
          "Hei...boleh aku tau apa nama kau dan kelas kau?"Yoonji berkata sambil mengekori langkah budak itu.budak itu memalingkan wajahnya dan meletakkan dahinya ke dahi Yoonji sambil berkata.
          "Nama aku Ryo.Kelas 1-5,dan nama kau Yoonji kan..heh,we are classmate..aku selalu perhatikan kau dari belakang.Aku tau kau tak kenal aku sebab kau kan selalu lepak dengan kawan kau sambil tak ingat dunia.BTW,kalau kau nak teman lelaki aku boleh tolong carikkan.Tunggu aku kat tempat menunggu pukul 5:00 nanti"Ryo berkata lalu meninggalkan Yoonji yang masih terpinga-pinga.
          'Aku ada kata yang aku setuju ke tadi??hmm...lantaklah'Yoonji dengan segera berlari pergi mengejar Ryo dari belakang untuk memasuki kelas bersama-sama.Sebaik sahaja mereka membuka pintu kelas,guru yang sedang mengajar pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas mereka mendenda mereka berdiri diluar kelas kerana lambat memasuki kelas.


        Yoonji berjalan keluar kelas seperti biasa dan terus menuju ke tempat menunggu.Matanya meliar-liar mencari Ryo di kawasan tersebut tetapi langsung tidak menemuinya.
        "Eleh..tadi nak sangat aku datang,tapi bila aku dah ada kat sini batang hidung dia pun aku tak nampak.humph"Yoonji bercakap seorang diri dan tiba-tiba ada seseorang yang berlari ke arahnya dan memaut bahunya.
        "Heh,lama tunggu ke budak?"Yoonji terkejut dan dengan pantas dia memalingkan mukanya ke belakang.
        "Hek eleh mamat nih...suka-suka mak nenek kau je nak pegang akukan...tau tak tanduk aku dah nak terkeluar ni pasal tunggu kau lambat sangat."Yoonji berkata sambil memukul tangan Ryo.
        "Hah?!tanduk??kat mana benda tu tumbuh??nak aku cabutkan"Ryo bergurau sambil membelek-belek rambut Yoonji.Yoonji berasa sangat geram lalu pergi berjalan meninggalkan Ryo berseorangan.
        "Wei,budak!!mana kau nak pergi tu??takkanlah kau nak tinggalkan CUPID kau ni...nanti tak jumpa teman hidup kau nanti..tak menyesal ke nanti kalau jadi ANDARTU?!"Ryo menjerit sambil mengejar Yoonji dari belakang.Yoonji berhenti berjalan secara tiba-tiba dan berpusing ke belakang dan secara tak sengaja Ryo terlajak dan tak dapat berhenti berlari dengan cepat menyebabkan mereka bertembung lalu terjatuh.Yoonji merasakan ada sesuatu benda yang hangat di bibirnya lalu dia pun membuka matanya.Ryo dan Yoonji sama-sama terkejut lalu mereka menjarakkan diri mereka antara satu sama lain.Keadaan sunyi seketika sehinggalah Ryo memulakan perbicaraannya.Ryo bangkit dan berkata.
       "Jom,bukankah tujuan kita nak pergi tolong kau carikkan teman lelaki?"Ryo menghulurkan tangannya untuk membantu Yoonji bangkit daripada terus terduduk.Yoonji mengangguk perlahan dan memegang tangan Ryo.

      -FIFAWEST CAFE-

Ryo dan Yoonji berjalan masuk ke dalam sebuah kafe yang sangat popular.Di dalam kafe itu terdapat ramai pasangan yang datang untuk bertemu janji.Ryo dan Yoonji mencari meja yang telah di tempah oleh Ryo.
       "Ha,tu pun diaorang.Yoonji jomlah."Mereka berjalan menuju ke meja itu dan Yoonji begitu terkejut sekali melihat kawan-kawan Ryo yang dibayangkan olehnya 'hensem-hensem'belaka seperti Ryo.
       "Weh,budak..hensem sangat ke sampai tak boleh nak tutup mulut tu?"Yoonji melihat Ryo dengan perasaan geram sekali.
       "Meh sini aku perkenalkan kat kau.Yang kat hujung tu namanya Xavi,sebelahnya pulak Jun dan yang duduk di hadapan mereka tu Shorry...pilihlah yang mana kau nak.Mereka semua tu single bingle tau."Dengan tiba-tiba Yoonji menolak Ryo dan berkata.
      "Ku bergurau ke hah?!kau nak aku jadikan diaorang ni boyfriend aku??Mereka ni tak sesuai langsung nak jadi BF aku,..dahlah yang sorang tu botak,yang tu hitam dan yang sorang lagi tu selekeh..tak pada..."Yoonji tak sempat nak menghabiskan kata-katanya kerana Ryo menariknya keluar dari kafe itu secara tiba-tiba.Sepanjang perjalanan mereka,Ryo lebih banyak berdiam diri.Yoonji tidak tahan lagi kerana Ryo menarik tangannya dan memegang tangannya dengan kuat lalu Yoonji pun menepis tangan Ryo.
      "Kau ingat aku ni patung ke hah??main tarik ikut suka hati kau je..."Ryo berpaling dan memegang bahu Yoonji dengan kasar.
      "HABIS TU,KAU INGAT YANG KAWAN-KAWAN AKU TU PATUNG LAH YE...IKUT SUKA HATI KAU JE MENGATA DIAORANG.DAH TU,KALAU DIAORANG TU HODOH SANGAT BAGI KAU,KAU RASA APA SEBAB TEMAN LELAKI KAU MINTA PUTUS DENGAN KAU??SATU PERKARA YANG KAU HARUS INGAT....RUPA TAK PENTING DALAM SESEBUAH HUBUNGAN TETAPI BENDA YANG PALING PENTING SEKALI IALAH KEIKHLASAN HATI SESEORANG ITU TERHADAP PASANGANNYA."Ryo melepaskan pegangan tangannya di bahu Yoonji dan pergi meninggalkan Yoonji yang masih terkejut dengan perubahan mendadak keatas Ryo tadi.
      
Yoonji hanya dapat melihat Ryo berjalan pergi meninggalkannya tanpa dia sempat menghalang Ryo.Yoonji pulang ke rumahnya dan mandi.Setelah dia selesai mandi,makan dan membuat kerja,dia merebahkan dirinya keatas katil dan memejamkan matanya.
      "Rupa tak penting.....hati seseorang itu lebih penting..."Yoonji berbisik sendirian dan bangkit dari katilnya lalu menyalin pakaiannya.
       "Mama..Yoonji nak pergi ambik angin kejap,nanti Yoonji balik."Yoonji berkata kepada mamanya lalu memakai kasutnya dan berjalan ke arah taman yang berdekatan.Yoonji melabuhkan punggungnya di atas buaian.
       "Patut tak kalau aku minta maaf kat dia esok??"Yoonji berkata sambil menghayunkan buaian itu secara perlahan-lahan.Tidak lama kemudian,ada 3 orang budak-budak remaja yang berjalan memasuki taman itu dan mereka ternampak Yoonji bersendirian di situ dan berjalan kearahnya.
        "Weh,korang..ada awek la,tackle dia nak."Seorang budak lelaki yang berambut panjang berkata kepada kawan-kawannya.Yoonji terkejut lantas bangun dari buaian itu dan mencuba untuk berjalan keluar dari taman itu dan tiba-tiba tangannya telah dipegang oleh salah seorang daripada budak-budak itu.
        "Eh...apa ni,lepaskan akulah...huih,busuknya korang.pi lah."Yoonji berkata sambil meronta-ronta supaya tangannya dapat terlepas daripada genggaman budak itu.Ketua kumpulan budak-budak itu mengoyakkan bajju jaket yang dipakai oleh Yoonji dengan kasar.
         "HOI!!KORANG NAK BUAT APA KAT BUDAK TU HUH!!!"Mereka semua menoleh kearah suara itu dan budak-budak itu melepaskan Yoonji secara tiba-tiba lalu menyebabkan Yoonji jatuh terduduk.
         "Weh,korang jom blah.aku tak nak jadi mangsa MAD DOG GANG tu."Ketua mereka berkata lalu mereka semua melarikan diri dari taman itu dengan pantas.Yoonji mengangkat kepalanya dan mengecilkan matanya untuk melihat siapakah 4 orang lelaki yang telah menolongnya daripada budak-budak jahat itu tadi.
         'MAD DOG GANG???..maknanya,mereka pun budak jahatlah kan.'Mereka mendekati Yoonji dan salah seorang daripada mereka mula bersuara.
         "Kau tak apa-apakan...baguslah.Nah,ambik jaket ni dan pakai...aku tak nak kau kesejukkan...sebelom kau jumpa teman hidup kau tu.'Macam kenal je suara tu...teman hidup??mungkinkah itu....'
          "Ryo??"
          "Mmm...ini aku dan kawan-kawan aku...kau masih ingat kat diaorangg kan"Ryo berkata dan membantu Yoonji untuk bangun.Yoonji hanya menganggukkan kepalanya perlahan.
          "Xavi,Jun,Shorry dan kau Ryo,aku minta maaf,dan terima kasih sebab dah selamatkan aku."Yoonji berkata sambil menundukkan kepalanya.Mereka semua tersenyum dan Ryo memegang dagu Yoonji dan meletakkan dahinya ke dahi Yoonji lalu berkata.
          "Diaorang dah lama maafkan kau.."Yoonji menjarakkan mukanya dan berkata.
          "MAD DOG GANG???korang ni samseng ke?"Yoonji bertanya sambil mengerutkan dahinya.
           "Kau rasa??"Ryo bertanya kembali danYoonji hanya mengangkat bahunya.
          "Nanti kau akan tahu apa jawapannya..tapi buat masa ni,kau pergilah balik dulu..biar kitaorang yang hantarkan kau ok."Ryo berkata dan memegang tangan Yoonji lalu berjalan pulang ke rumah Yoonji.

          "Bye..esok kita jumpa lagi"Yoonji berkata sambil melambaikan tangannya ke arah mereka.Ryo dan kawan-kawannya melambai kembali kearah Yoonji dan berlalu pergi.Yoonji memasuki biliknya dan menyalin pakaiannya semula.
           "Alamak!lupalah pulak nak bagi balik jaket ni kat Ryo...hump,takpelah esokkan ada."Yoonji berbisik sendirian lalu merebahkan badannya ke atas katil dan melelapkan matanya.

        "Hello..Ryo,aku nak jumpa dengan kaulah hari ni.aku nak bagi balik jaket yang kau pinjamkan kat aku haritu..nak jumpa kat mana eh??....taman tema?hmm ok jugak tu.kita jumpa pukul 9:00 ok..bye"Yoonji menekan punat merah pada telefon bimbitnya.
       beberapa jam kemudian 

        "Mana pulak budak ni....dah hampir setengah jam aku tunggu,tak juga sampai-sampai...humph"Yoonji mengeluh kesal.
       
               
          
        

Wednesday 23 May 2012

I Found You ♥

" TETT! TETT! TETT! " jam digital Ji Hyo berbunyi. " Ahh.. Awal lagi ni.. " kata Ji Hyo lalu menekan butang " SNOOZE " supaya jam berbunyi sekali lagi. Bangun sahaja Ji Hyo dari tidur, dia mengeliat dan mengambil jam digitalnya. " WAHHHH!!! 8:00 PAGI??! " jerit Ji Hyo. Dia pun bergegas ke bilik mandi sambil membawa tualanya yang berwarna apple green.
                   Ji Hyo pun turun ke sekolah dengan membawa sebuah buku kecil yang berwarna merah.
Di dalam buku itulah dia mencatat rahsia - rahsia hatinya atau lebih dikenali sebagai diari.
                  " Dah lewat dah ni.. Kena cepat.. " getus hati kecil Ji Hyo. Dia mempercepatkan langkahnya.
" Adooii... " Ji Hyo merungut kesakitan. Dia telah terlanggar seorang lelaki sewaktu dia berlari hendak masuk ke dalam kelas. " Maaf~ " ucap Ji Hyo kepada Joong-Ki, seorang pelajar lelaki yang sangat digemari oleh pelajar - pelajar perempuan disekolahnya.



        Ji Hyo terus pergi ke dalam kelasnya tanpa disedari buku merahnya telah terambil oleh Joong-Ki. Apabila Ji Hyo hendak menulis sesuatu di dalam buku merahnya, dia berasa amat terkejut apabila melihat didalam buku itu tertulis, 
" THIS BOOK BELONGS TO: JOONG-KI "..
          Ji Hyo bertanya kepada kawan karibnya, Taeyeon, " Kau kenal tak dengan Joong-Ki? " 
         " Seriously??! Kau tak kenal Joong-Ki?! Dia ialah pelajar yang paling diminati oleh pelajar perempuan sekolah kita.. " jawab Taeyeon dengan wajah yang terkejut. Waktu itulah Ji Hyo teringat dengan perkara yang berlaku pagi tadi.
        " TAEYEEOONN!! Aku rasa aku terlanggar dia pagi tadi " Ji Hyo menjerit seperti orang kurang siuman. " Ji Hyo, janganlah menjerit! Bengislah telinga aku..!! " jerit Taeyon. "Kau sendiri pun menjerit.. " kata Ji Hyo sambil memuncungkan bibirnya.
         " Oh, Maaf." Taeyeon berkata kepada Ji Hyo sambil tersenyum tersengih-sengih. Mereka berdua bercadang untuk menemui Joong-Ki selepas waktu rehat. 
         " Taeyeon, Joong-Ki kelas apa? " tanya Ji Hyo kepada Taeyeon. 
         " Entahlah. Aku pun tak tahu. Jom kita pergi cari Taeyang. Dia kan budak yang tahu segalanya." kata Taeyeon menyindr Taeyang. Ji Hyo dan Taeyeon ketawa terbahak-bahak. Mereka pun pergi berjumpa dengan Taeyang.
         " Hey, Taeyang. Kau tahu tak Joong-Ki kelas apa? " tanya Taeyeon. Tetapi soalannya tidak berbalas kerana Taeyang asyik membuat kerjanya dengan tekun sekali. " HEY, TAEYANG! AKU TANYA NIII!! " jerit Taeyeon ke telinga Taeyang.
         " Ishhhhh, apa jerit-jerit ni? Kau mahu telinga aku ni pekak ke? " balas Taeyang dengan serius. " Kau mahu tahu kelas Joong-Ki buat apa? " Taeyang bertanya.
         " Aku nak hantar buku dia ni balik. Aku tersalah ambil pagi tadi. " kata Ji Hyo termenung melihat diluar tingkap. " Jadi, kau tahu tak dia kelas apa? " tanya Ji Hyo.
       " Aku rasa dia dalam kelas D-3." kata Taeyang dengan slumber
       " Terima kasih, Taeyang! Aku tahu kau ni dapat membantu. " kata Ji Hyo, menggosok rambut Taeyang. rambut Taeyang lalu menjadi kusut-masai olehnya. Ji Hyo dan Taeyeon terus ke kelas Joong-Ki. 


       Mereka mengetuk pintu. " Boleh saya berjumpa dengan Joong-Ki?" tanya Taeyeon. Joong-Ki sedang berlepak bersama rakan-rakannya. Apabila Joong-Ki terdengar namanya itu, dia terdiam seketika.
       " Apahal? " tanya Joong-Ki. Dia memerhati Ji Hyo yang menunduk kepalanya sambil memegang buku merah Joong-Ki. 
        " Ini kau punya. Aku tersalah ambil semasa kita berdua terlanggar pagi tadi. " kata Ji Hyo, menghulurkan buku Joong-Ki. " Itu saja aku hendak cakap. " sambung Ji Hyo lagi.
        Joong-Ki hanya berdiri disitu mengambil buku tersebut tanpa sebarang kata. Dia terus berlalu pergi begitu sahaja.
         "Apalah Joong-Ki itu. Bukannya nak cakap 'Terima Kasih' pun. hmmpp " Taeyeon membebel. Dia tidak berpuas hati dengan Joong-Ki. " Ji Hyo, kau okay ke? " tanya Taeyeon. Ji Hyo tunduk, mukanya merah padam. " A-Aku okay je. "
         Sejak itu Ji Hyo rasa sesuatu yang menganggu fikirannya. Dia asyik memikirkan Joong-Ki. " Adakah aku patut beritahu perasaan aku terhadap Joong-Ki kepada Taeyeon?" bisik hati Ji Hyo.
         Keesokan harinya, Taeyeon sedang membuat kerjanya bersebelahan dengan Ji Hyo. " Taeyeon, aku nak cakap sesuatu dengan kau. Janji jangan beritahu dengan orang lain, okay?" kata Ji Hyo.
         " Okay, aku janji. Apa yang penting sangat ni, Ji Hyo?" tanya Taeyeon. Ji Hyo merapati kerusinya dengan Taeyeon. 
         " Aku rasa aku jatuh hati dengan Joong-Ki." bisik Ji Hyo ke telinga Taeyeon. Muka Ji Hyo bertukar menjadi merah padam. Dia pun menundukkan kepalanya.
        Taeyeon diam seketika dan menyambung membuat kerjanya dan berkata, " Aku perasan yang kau suka kat dia tu. Sejak kau jumpa dia semalam. "
        Waktu rehat, Ji Hyo ke tandas seorang diri. Dia terserempak dengan seorang lelaki. "Eh, nama kau Ji Hyo kan?" tanya lelaki itu. " Err, namaku Gary." sambungnya.
        Ji Hyo membalas dengan mengangguk kepalanya. " Kenapa kau tanya?" Ji Hyo bertanya. " Aku sebenarnya sudah lama sukakan kau. Kau yang tak perasan. " Gary berkata dan semakin mendekati Ji Hyo.
         "Apa yang kau buat ni?! " jerit Ji Hyo. " Eh! Lepaskan aku lahhhh!! " jeritnya lagi.
         " Come on lah, Ji Hyo. " kata Gary. Dia menggenggam tangan Ji Hyo dengan erat sekali. Tetapi, BUKKK! satu tumbukan yang kuat yang terkena muka Gary. "HEY! JANGAN NAK GATAL BOLEH TAK?! " jerit Joong-Ki. Joong-Ki menarik tangan Ji Hyo lalu meninggalkan Gary berseorangan.
          Joong-Ki dan Ji Hyo duduk di bangku bersebelahan dengan kelas Joong-Ki. " Kenapa kau sanggup menyelamatkan aku?" tanya Ji Hyo kepada Joong-Ki. Ji Hyo mulanya tunduk lalu mengangkat kepalanya dan memerhati muka Joong-Ki.
             " Sebab aku sayangkan kaulah aku selamatkan kau... " jawab Joong-Ki lalu memeluk Ji Hyo dengan erat sekali. Ji Hyo berasa amat terkejut dengan tindakan Joong-Ki. Joong-Ki melepaskan pelukan itu. Dia menghantar Ji Hyo balik ke rumah. Di dalam perjalanan, Joong-Ki memegang tangan Ji Hyo. Muka Ji Hyo bertukar menjadi merah padam.
       Pada keesokkan harinya, Ji Hyo berdandan dengan cantik sekali sebelum turun ke sekolah. Dia kelihatan sudah tidak sabar-sabar lagi hendak bercerita tentang peristiwa pada hari kelmarin kepada Taeyeon. Dalam perjalanan menuju ke kelas, Ji Hyo tersempak dengan Gary. Ji Hyo memandang Gary lalu menjelingnya dan terus masuk ke dalam kelas..
         " TAEYEON!! " jerit Ji Hyo..
        " Apa yang penting sangat ni sampai kau jerit nama aku..? Satu sekolah boleh dengar.. " jawab Taeyeon sambil membaca bukunya.
        " Maaf!! " ucap Ji Hyo..
        " Ni mesti fasal Joong-Ki..?? " teka Taeyeon..
        " Betul tu.." jawab Ji Hyo.. " Kau tau tak, semalam Joong-Ki selamatkan aku daripada Gary.. " jelas Ji Hyo..
        " Gary? Apa yang dia dah buat? " tanya Taeyeon menutup bukunya. Ji Hyo pun menceritakan apa yang terjadi kepada Taeyeon dari A sampai Z.
      " Apa?? " jerit Taeyeon. " Mulai hari ini, kau jangan dekati Gary lagi!! Keselamatan kau sekarang ni terancam. "
      Keesokan harinya, Ji Hyo hendak memberitahu Joong-Ki tentang perasaannya terhadap Joong-Ki. "Joong-Ki, aku... Aku.... Aku sukakan kau Joong-Ki." Bergetar suara Ji Hyo ketika dia hendak memberitahu Joong-Ki.
      Joong-Ki hanya berdiam diri.  Dia memerhati Ji Hyo dengan tajam sekali. " Apa yang kau cakapkan ni? Kau sukakan aku? Pergi belahlah. Kau jangan nak harap aku akan membalas cinta kau tu. " balas Joong-Ki dengan kejam.
      Ji Hyo menundukkan kepalanya dan berkata, "Maafkan aku kalau aku menganggu kau. " Ji Hyo terus berlari ke luar sekolahnya dan duduk di atas tangga.
     " Ji Hyo? " satu suara yang mendekati Ji Hyo. " Kau okay ke?" 
      "Gary? Eh, jangan dekati akulah. " Ji Hyo menolak Gary. Gary hanya duduk di sebelah Ji Hyo. Suasana menjadi sunyi sepi.
      " Aku luahkan perasaan aku kepada Joong-Ki. Aku fikirkan dia akan terima aku dan menyukai aku seperti aku menyukai dia." Ji Hyo mula berkata memecahkan suasana sunyi itu.
       " Ji Hyo, kau nak tahu perkara sebenarnya? " Gary pun membalas. Ji Hyo hanya memusingkan kepalanya menuju ke Gary. " Sebenarnya, Joong-Ki hanya mempermainkan kau. Kawan-kawan dia yang mencabarnya sewaktu kau pergi ke kelasnya hari tu. Hal aku hari tu, dia yang menyuruh aku buat itu. Tetapi, perkara yang aku sebut kepada kau memang benar. Aku benar-benar sukakan kau, Ji Hyo." Gary menyambung percakapannya. Ji Hyo agak terkejut. Dia menangis lalu Gary menariknya dan terus memeluknya. Langit yang mulanya kelihatan cerah, tiba-tiba menjadi mendung. Titisan hujan mula membasahi Ji Hyo dan Gary. Gary masih memeluk Ji Hyo. 




       Beberapa minit kemudian, hujan mula berhenti. Ji Hyo berkata, " Gary, awak .... " lalu pengsan. Gary menjerit sekuat hati untuk meminta pertolongan. Tapi malangnya, tiada seorang pun yang mendenagr jeritan Gary. Gary terus membawa Ji Hyo lalu membawa Ji Hyo ke hospital untuk menerima rawatan. Gary membuka baju nya lalu menutup badan Ji Hyo yang basah dan sejuk. Pada keesokkan harinya, Taeyeon pergi melawat Ji Hyo di hospital. Taeyeon melihat Gary sedang tidur di tepi katil Ji Hyo. " Ni mesti sebab Gary! " ucap Taeyeon dalam hati. 


          " Kau okey ke? " tanya Taeyeon sebaik sahaja melihat Ji Hyo terbangun. " Ya, aku okey. " jawab Ji Hyo. Seorang doktor lelaki ingin berjumpa dengan keluarga Ji Hyo. " Adakah awak keluarga Cik Ji Hyo? " tanya doktor kepada Taeyeon. " Tak, kami kawan rapat. " jawab Taeyeon. " Mari ikut saya. " kata doktor itu kepada Taeyeon. Taeyeon pun mengikut doktor itu pergi ke pejabatnya. " Cik Ji Hyo mempunyai penyakit leukimia tahap 3, iaitu tahap yang berbahaya. Dia harus dibedah sekarang juga. " kata doktor dengan nada yang rendah dan sayu. " Dia harus dibedah sekarang juga??! " tanya Taeyeon dengan nada yang agak tinggi. " Ya, jika tidak awak akan tahu apa yang akan berlaku seterusnya. " jawab doktor lelaki itu yang bernama, Seung-Ri. " Cepatlah bedah.. Tunggu apa lagi.. Wang?? Saya akan sediakan. Kawan saya harus diselamatkan. " jerit Taeyeon pada doktor Seung-Ri. " Baiklah. Jururawat, sediakan peralatan untuk seorang pesakit sekarang juga. " arah doktor Seung-Ri. 
        " Ji Hyo, awak mengalami penyakit leukimia tahap 3. Ianya tahap berbahaya. Kenapa awak tak cakap selama ni kau ada penyakit??! " tanya Taeyeon. 
        "Saya tak mahu awak risau. Saya tak mahu sesiapa pun risau." balas Ji Hyo dengan sayu. Air mata mula mengalir ke pipi Taeyeon.
        Selepas membayar bil untuk pembedahan, Ji Hyo terus dibawa ke ruang pembedahan. Gary dan Taeyeon terus menunggu. Joong-Ki dan Taeyang juga ada di situ. Dari jam 3 petang tadi Ji Hyo. Dan kini jam sudah menunjukkan pukul 8:21 malam. Gary kelihatan amat risau. Tidak lama kemudian, doktor Seung-Ri keluar dengan perlahan sekali. Gary sudah kelihatan cemas dan gelisah.

           " Ermm... Maafkan saya.. Ji Hyo sudah tidak dapat di selamatkan.. " kata doktor Seung-Ri dengan perlahan. Gary terduduk di atas lantai lalu menangis. Doktor Seung-Ri turut sedih dengan apa yang berlaku. Tiba-tiba, Taeyeon dan Joong-Ki berpelukkan. Mereka kelihatan tidak sedih langsung. Malah, mereka semakin tersenyum lebar.
        " Apa maksud semua ni..? " jerit Gary. Taeyeon menjawab, " Aku sengajalah nak mempermainkan si Ji Hyo tu.. Aku rimaslah dengan dia.. Asyik-asyik cerita fasal kekasih aku ni, Joong-Ki.."  " Aku sengaja nak buat Ji Hyo perasan yang aku suka kat dia, tapi sebenarnya tak..! " kata Joong-Ki pula.. " Ini dah melampau!! " jerit Gary. Joong-Ki dan Taeyeon hanya pergi begitu sahaja sambil ketawa. 
      " Ini Ji Hyo ada tinggalkan surat untuk kamu sebelum dia dibedah.. " kata doktor Seung-Ri selepas 13 minit kemudian. Gary membuka surat itu dengan perlahan sekali.


"      Gary,
Surat ini sengaja saya tujukan pada awak bila saya sudah tiada. Maafkan saya kerana selama ini saya berburuk sangka dengan awak. Maafkan saya jika saya pernah melukai hati awak. Sebenarnya, sebelum saya mencintai Joong-Ki, saya secara diam-diam mencintai awak. Saya sayang awak. Saya harap awak akan dapat berjumpa dengan perempuan yang lebih baik dari saya. Maafkan segala kesalahan saya. Saya cintakan awak. I found you, Gary.                       
                                                                                                                              - Love, Ji Hyo ♥ -           ''



    Gary agak terkejut lalu melepaskan surat itu. Surat itu melayang dibawa angin rindu. Kisah cinta Ji Hyo dan Gary terhenti sampai di sini saja. Angin rindu terus menjadi-jadi hingga surat Ji Hyo hilang terbang bersama angin.



                                              ~ THE END ~