Tuesday 5 June 2012

The Story Only I Didn't Know


 ‘Yoonji….aku rasa kita patut berjumpa…’Yoonji mencapai telefon bimbitnya dan membaca sms yang baru sahaja diterimanya.Andrew nak jumpa aku?seronoknya…baju apa yang aku patut pakai?hmm…nak pakai dress jelah.Mungkin dia nak ajak aku pergi date..hehehe.Yoonji segera pergi membuka almari pakaiannya dan mengambil baju yang dia suka.                            
           Beberapa minit kemudian,dia turun ke tingkat bawah rumahnya dan meluru kearah ibunya yang sedang memotong buah.
           “Ma,Yoonji nak pergi keluar sekejap ye..nanti balik k”Dia mencium pipi mamanya dan mengambil sepotong buah epal lalu berlari keluar rumahnya.Eh…dia nak jumpa aku kat mana hah?hmmm…baik aku tanya.
            “Andrew..kita nak jumpa kat mana ni”Yoonji menelefon Andrew.
            “Kita jumpa kat rumah aku jelah”Andrew menjawab dengan nada suara yang mendatar menyebabkan Yoonji merasa curiga dengan perubahan sikapnya itu.
            Yoonji terlalu takut jika Andrew meminta mereka untuk menamatkan hubungan mereka kerana sejak kebelakangan ini Andrew melayan Yoonji dengan sikap sambil lewa.Kerana takut kejadian yang sama berulang lagi setelah dia ditinggalkan oleh teman lelakinya dulu,dia berlari untuk pergi ke rumah Andrew.
             Yoonji menekan loceng rumah Andrew setelah dia sampai di hadapan rumahnya.Tidak lama kemudian,Andrew membuka pintu rumahnya.
             "WOW!erm..tak,maksud aku kenapa dengan baju kau tu?"soalnya sambil munuding kearah baju Yoonji yang kotor itu.
             "Oh..ini,takde papelah...cuma masa aku nak datang ke sini tadi ada sebuah kereta yang dah melalui lopak air dan aku telah terkena tempiasnya."Jelas Yoonji sambil mengelap kesan lumpur yang ada pada bajunya menggunakan tangannya.
              "Tak kesahlah apa pun..yang penting kau dah datang"Andrew berkata sambil mempelawa Yoonji duduk di sebuah kerusi.Yoonji hanya tersenyum tawar melihat cara Andrew melayaninya.
              "Yoonji...aku rasa..kita patut berpisah"Andrew menjelaskan niatnya yang sebenar dengan meminta Yoonji untuk datang kerumahnya.
              "Tapi...kenapa?bukankah kau dah berjanji untuk tetap mencintai aku,kau cuma berguraukan"Yoonji menangis lalu bangkit dari tempat duduknya dan memegang pipi Andrew.
               "Maafkan aku tapi,aku rasa kita dah tak serasi lagi"Andrew berkata lantas memeluk Yoonji dengan harapan dapat menenangkannya.
               "Tak serasi?kenapa!!sebab ada pompuan lain yang lebih serasi untuk bersama dengan kau daripada aku?!itu yang kau nak katakan sebenarnyakan!!"Yoonji menolak Andrew lalu mengelap air matanya.
                "Yoonji..dengar dulu penjelasan aku."Andrew berkata sambil memegang tangan Yoonji dengan erat.Yoonji segera menepis tangan Andrew lalu berkata.
               "Andrew...kalau kau dah tak sayang lagi dekat aku..takpelah aku rela melepaskan kau"Yoonji berkata dengan senyuman dan menyeka air matanya lantas pergi meninggalkan Andrew bersendirian.Andrew melabuhkan punggungnya di kerusi dan mengusap rambutnya.Maafkan aku Yoonji...tapi hati aku bukan milik kau lagi...Andrew berbisik lantas menyandarkan badannya ke kerusi itu.Yoonji berlari pergi meninggalkan rumah Andrew dengan segera.Kenapa aku selalu tak bertuah dalam percintaan,adakah aku kurang pengalaman dalam percintaan?Ini....ini dah kali kelima aku ditinggalkan..dan alasan mereka semuanya sama...tak serasi...Yoonji menangis lalu duduk di atas buaian di sebuah taman yang berdekatan.
              "Kring...kring...kring"Telefon Yoonji berbunyi.Dia mellihat nama pemanggil lalu menjawab panggilan itu.
             "Baiklah,ma..Yoonji balik sekarang"Dia terus menekan punat merah lalu bangkit meninggalkan tempat itu.

            Yoonji membuka pintu rumahnya dan terus masuk lalu membuka kasutnya.Mamaya memanggil namanya tetapi dia tidak mengendahkannya dan terus masuk ke biliknya.Mamanya cuma mampu menggelengkan kepalanya melihat perangai anaknya itu.
     
-Seminggu Kemudian-
-Waktu Rehat-Atas Bumbung Sekolah-

           "Argh...Aku masih tak dapat lupakan si Andrew tu"Yoonji bercakap seorang diri sambil melihat pemandangan sekolahnya dari atas.
           "Rasa macam dah takda sebab untuk aku terus hidup...Baik aku bunuh diri sekarang"Yoonji memanjat pagar di atas bumbung sekolahnya dan mendepakan tangannya sambil menutup matanya.
           'Tapi...kalau aku mati..sape nak jaga mama?..Hmm,takde gunanya aku mati sebab si Andrew tu..ambik angin jelah'Yoonji masih berada di dalam kedudukan tadi sambil berbisik sendirian.Tanpa disedari,ada seorang budak lelaki yang sedang memerhati Yoonji dari tadi.Budak lelaki itu terkejut melihat Yoonji memanjat pagar itu dan berfikir bahawa dia ingin membunuh diri lalu dengan pantas dia berlari ke arah Yoonji lalu memaut pinggang Yoonji.Mereka berdua jatuh ke lantai bumbung itu lalu budak lelaki itu berkata.
         "WEI!!KAU DAH GILA KE HAH?!APSAL NAK MATI SANGAT NI!!DAH LAMA SANGAT KE KAU HIDUP NI HAH"jerit budak lelaki itu lantas membuatkan Yoonji kehilangan kata-katanya.
         "APSAL DIAM!!JAWABLAH!!"Yoonji melihat budak lelaki itu tanpa mengerdipkan matanya dan tiba-tiba air matanya mengalir ke pipinya.
          "Wei..apsal nangis ni,maafkan aku aku cuma...erm,aku cuma panik je tadi."Budak lelaki itu menggelabah setelah melihat Yoonji mengangis dan berusaha memujuknya.Dia menyeka air mata Yoonji dengan lembut lalu memeluknya.
          "Aku tak tau apsal kau bunuh diri tapi..aku tak nak ada sebarang kes bunuh diri kat sekolah kita ni"Yoonji terkedu mendengar penjelasan budak itu lalu berkata.
          "Kau kenal aku ke..dan apsal kau peluk aku.."Yoonji bercakap seolah olah berbisik menyebabkan budak lelaki itu melepaskan pelukannya dan mendekatkan telinganya ke arah mulut Yoonji.
          "Apa kau kata tadi?tak dengarlah"Yoonji menolak kepala budak itu dan menggeleng perlahan.
          "Hmm..suka hati kaulah"Dia bangun dan berjalan untuk pergi ke kelasnya sendiri memandangkan loceng dah berbunyi.Pada saat inilah Yoonji memanggilnya.
          "Hei...boleh aku tau apa nama kau dan kelas kau?"Yoonji berkata sambil mengekori langkah budak itu.budak itu memalingkan wajahnya dan meletakkan dahinya ke dahi Yoonji sambil berkata.
          "Nama aku Ryo.Kelas 1-5,dan nama kau Yoonji kan..heh,we are classmate..aku selalu perhatikan kau dari belakang.Aku tau kau tak kenal aku sebab kau kan selalu lepak dengan kawan kau sambil tak ingat dunia.BTW,kalau kau nak teman lelaki aku boleh tolong carikkan.Tunggu aku kat tempat menunggu pukul 5:00 nanti"Ryo berkata lalu meninggalkan Yoonji yang masih terpinga-pinga.
          'Aku ada kata yang aku setuju ke tadi??hmm...lantaklah'Yoonji dengan segera berlari pergi mengejar Ryo dari belakang untuk memasuki kelas bersama-sama.Sebaik sahaja mereka membuka pintu kelas,guru yang sedang mengajar pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas mereka mendenda mereka berdiri diluar kelas kerana lambat memasuki kelas.


        Yoonji berjalan keluar kelas seperti biasa dan terus menuju ke tempat menunggu.Matanya meliar-liar mencari Ryo di kawasan tersebut tetapi langsung tidak menemuinya.
        "Eleh..tadi nak sangat aku datang,tapi bila aku dah ada kat sini batang hidung dia pun aku tak nampak.humph"Yoonji bercakap seorang diri dan tiba-tiba ada seseorang yang berlari ke arahnya dan memaut bahunya.
        "Heh,lama tunggu ke budak?"Yoonji terkejut dan dengan pantas dia memalingkan mukanya ke belakang.
        "Hek eleh mamat nih...suka-suka mak nenek kau je nak pegang akukan...tau tak tanduk aku dah nak terkeluar ni pasal tunggu kau lambat sangat."Yoonji berkata sambil memukul tangan Ryo.
        "Hah?!tanduk??kat mana benda tu tumbuh??nak aku cabutkan"Ryo bergurau sambil membelek-belek rambut Yoonji.Yoonji berasa sangat geram lalu pergi berjalan meninggalkan Ryo berseorangan.
        "Wei,budak!!mana kau nak pergi tu??takkanlah kau nak tinggalkan CUPID kau ni...nanti tak jumpa teman hidup kau nanti..tak menyesal ke nanti kalau jadi ANDARTU?!"Ryo menjerit sambil mengejar Yoonji dari belakang.Yoonji berhenti berjalan secara tiba-tiba dan berpusing ke belakang dan secara tak sengaja Ryo terlajak dan tak dapat berhenti berlari dengan cepat menyebabkan mereka bertembung lalu terjatuh.Yoonji merasakan ada sesuatu benda yang hangat di bibirnya lalu dia pun membuka matanya.Ryo dan Yoonji sama-sama terkejut lalu mereka menjarakkan diri mereka antara satu sama lain.Keadaan sunyi seketika sehinggalah Ryo memulakan perbicaraannya.Ryo bangkit dan berkata.
       "Jom,bukankah tujuan kita nak pergi tolong kau carikkan teman lelaki?"Ryo menghulurkan tangannya untuk membantu Yoonji bangkit daripada terus terduduk.Yoonji mengangguk perlahan dan memegang tangan Ryo.

      -FIFAWEST CAFE-

Ryo dan Yoonji berjalan masuk ke dalam sebuah kafe yang sangat popular.Di dalam kafe itu terdapat ramai pasangan yang datang untuk bertemu janji.Ryo dan Yoonji mencari meja yang telah di tempah oleh Ryo.
       "Ha,tu pun diaorang.Yoonji jomlah."Mereka berjalan menuju ke meja itu dan Yoonji begitu terkejut sekali melihat kawan-kawan Ryo yang dibayangkan olehnya 'hensem-hensem'belaka seperti Ryo.
       "Weh,budak..hensem sangat ke sampai tak boleh nak tutup mulut tu?"Yoonji melihat Ryo dengan perasaan geram sekali.
       "Meh sini aku perkenalkan kat kau.Yang kat hujung tu namanya Xavi,sebelahnya pulak Jun dan yang duduk di hadapan mereka tu Shorry...pilihlah yang mana kau nak.Mereka semua tu single bingle tau."Dengan tiba-tiba Yoonji menolak Ryo dan berkata.
      "Ku bergurau ke hah?!kau nak aku jadikan diaorang ni boyfriend aku??Mereka ni tak sesuai langsung nak jadi BF aku,..dahlah yang sorang tu botak,yang tu hitam dan yang sorang lagi tu selekeh..tak pada..."Yoonji tak sempat nak menghabiskan kata-katanya kerana Ryo menariknya keluar dari kafe itu secara tiba-tiba.Sepanjang perjalanan mereka,Ryo lebih banyak berdiam diri.Yoonji tidak tahan lagi kerana Ryo menarik tangannya dan memegang tangannya dengan kuat lalu Yoonji pun menepis tangan Ryo.
      "Kau ingat aku ni patung ke hah??main tarik ikut suka hati kau je..."Ryo berpaling dan memegang bahu Yoonji dengan kasar.
      "HABIS TU,KAU INGAT YANG KAWAN-KAWAN AKU TU PATUNG LAH YE...IKUT SUKA HATI KAU JE MENGATA DIAORANG.DAH TU,KALAU DIAORANG TU HODOH SANGAT BAGI KAU,KAU RASA APA SEBAB TEMAN LELAKI KAU MINTA PUTUS DENGAN KAU??SATU PERKARA YANG KAU HARUS INGAT....RUPA TAK PENTING DALAM SESEBUAH HUBUNGAN TETAPI BENDA YANG PALING PENTING SEKALI IALAH KEIKHLASAN HATI SESEORANG ITU TERHADAP PASANGANNYA."Ryo melepaskan pegangan tangannya di bahu Yoonji dan pergi meninggalkan Yoonji yang masih terkejut dengan perubahan mendadak keatas Ryo tadi.
      
Yoonji hanya dapat melihat Ryo berjalan pergi meninggalkannya tanpa dia sempat menghalang Ryo.Yoonji pulang ke rumahnya dan mandi.Setelah dia selesai mandi,makan dan membuat kerja,dia merebahkan dirinya keatas katil dan memejamkan matanya.
      "Rupa tak penting.....hati seseorang itu lebih penting..."Yoonji berbisik sendirian dan bangkit dari katilnya lalu menyalin pakaiannya.
       "Mama..Yoonji nak pergi ambik angin kejap,nanti Yoonji balik."Yoonji berkata kepada mamanya lalu memakai kasutnya dan berjalan ke arah taman yang berdekatan.Yoonji melabuhkan punggungnya di atas buaian.
       "Patut tak kalau aku minta maaf kat dia esok??"Yoonji berkata sambil menghayunkan buaian itu secara perlahan-lahan.Tidak lama kemudian,ada 3 orang budak-budak remaja yang berjalan memasuki taman itu dan mereka ternampak Yoonji bersendirian di situ dan berjalan kearahnya.
        "Weh,korang..ada awek la,tackle dia nak."Seorang budak lelaki yang berambut panjang berkata kepada kawan-kawannya.Yoonji terkejut lantas bangun dari buaian itu dan mencuba untuk berjalan keluar dari taman itu dan tiba-tiba tangannya telah dipegang oleh salah seorang daripada budak-budak itu.
        "Eh...apa ni,lepaskan akulah...huih,busuknya korang.pi lah."Yoonji berkata sambil meronta-ronta supaya tangannya dapat terlepas daripada genggaman budak itu.Ketua kumpulan budak-budak itu mengoyakkan bajju jaket yang dipakai oleh Yoonji dengan kasar.
         "HOI!!KORANG NAK BUAT APA KAT BUDAK TU HUH!!!"Mereka semua menoleh kearah suara itu dan budak-budak itu melepaskan Yoonji secara tiba-tiba lalu menyebabkan Yoonji jatuh terduduk.
         "Weh,korang jom blah.aku tak nak jadi mangsa MAD DOG GANG tu."Ketua mereka berkata lalu mereka semua melarikan diri dari taman itu dengan pantas.Yoonji mengangkat kepalanya dan mengecilkan matanya untuk melihat siapakah 4 orang lelaki yang telah menolongnya daripada budak-budak jahat itu tadi.
         'MAD DOG GANG???..maknanya,mereka pun budak jahatlah kan.'Mereka mendekati Yoonji dan salah seorang daripada mereka mula bersuara.
         "Kau tak apa-apakan...baguslah.Nah,ambik jaket ni dan pakai...aku tak nak kau kesejukkan...sebelom kau jumpa teman hidup kau tu.'Macam kenal je suara tu...teman hidup??mungkinkah itu....'
          "Ryo??"
          "Mmm...ini aku dan kawan-kawan aku...kau masih ingat kat diaorangg kan"Ryo berkata dan membantu Yoonji untuk bangun.Yoonji hanya menganggukkan kepalanya perlahan.
          "Xavi,Jun,Shorry dan kau Ryo,aku minta maaf,dan terima kasih sebab dah selamatkan aku."Yoonji berkata sambil menundukkan kepalanya.Mereka semua tersenyum dan Ryo memegang dagu Yoonji dan meletakkan dahinya ke dahi Yoonji lalu berkata.
          "Diaorang dah lama maafkan kau.."Yoonji menjarakkan mukanya dan berkata.
          "MAD DOG GANG???korang ni samseng ke?"Yoonji bertanya sambil mengerutkan dahinya.
           "Kau rasa??"Ryo bertanya kembali danYoonji hanya mengangkat bahunya.
          "Nanti kau akan tahu apa jawapannya..tapi buat masa ni,kau pergilah balik dulu..biar kitaorang yang hantarkan kau ok."Ryo berkata dan memegang tangan Yoonji lalu berjalan pulang ke rumah Yoonji.

          "Bye..esok kita jumpa lagi"Yoonji berkata sambil melambaikan tangannya ke arah mereka.Ryo dan kawan-kawannya melambai kembali kearah Yoonji dan berlalu pergi.Yoonji memasuki biliknya dan menyalin pakaiannya semula.
           "Alamak!lupalah pulak nak bagi balik jaket ni kat Ryo...hump,takpelah esokkan ada."Yoonji berbisik sendirian lalu merebahkan badannya ke atas katil dan melelapkan matanya.

        "Hello..Ryo,aku nak jumpa dengan kaulah hari ni.aku nak bagi balik jaket yang kau pinjamkan kat aku haritu..nak jumpa kat mana eh??....taman tema?hmm ok jugak tu.kita jumpa pukul 9:00 ok..bye"Yoonji menekan punat merah pada telefon bimbitnya.
       beberapa jam kemudian 

        "Mana pulak budak ni....dah hampir setengah jam aku tunggu,tak juga sampai-sampai...humph"Yoonji mengeluh kesal.
       
               
          
        

No comments:

Post a Comment