Wednesday 23 May 2012

I Found You ♥

" TETT! TETT! TETT! " jam digital Ji Hyo berbunyi. " Ahh.. Awal lagi ni.. " kata Ji Hyo lalu menekan butang " SNOOZE " supaya jam berbunyi sekali lagi. Bangun sahaja Ji Hyo dari tidur, dia mengeliat dan mengambil jam digitalnya. " WAHHHH!!! 8:00 PAGI??! " jerit Ji Hyo. Dia pun bergegas ke bilik mandi sambil membawa tualanya yang berwarna apple green.
                   Ji Hyo pun turun ke sekolah dengan membawa sebuah buku kecil yang berwarna merah.
Di dalam buku itulah dia mencatat rahsia - rahsia hatinya atau lebih dikenali sebagai diari.
                  " Dah lewat dah ni.. Kena cepat.. " getus hati kecil Ji Hyo. Dia mempercepatkan langkahnya.
" Adooii... " Ji Hyo merungut kesakitan. Dia telah terlanggar seorang lelaki sewaktu dia berlari hendak masuk ke dalam kelas. " Maaf~ " ucap Ji Hyo kepada Joong-Ki, seorang pelajar lelaki yang sangat digemari oleh pelajar - pelajar perempuan disekolahnya.



        Ji Hyo terus pergi ke dalam kelasnya tanpa disedari buku merahnya telah terambil oleh Joong-Ki. Apabila Ji Hyo hendak menulis sesuatu di dalam buku merahnya, dia berasa amat terkejut apabila melihat didalam buku itu tertulis, 
" THIS BOOK BELONGS TO: JOONG-KI "..
          Ji Hyo bertanya kepada kawan karibnya, Taeyeon, " Kau kenal tak dengan Joong-Ki? " 
         " Seriously??! Kau tak kenal Joong-Ki?! Dia ialah pelajar yang paling diminati oleh pelajar perempuan sekolah kita.. " jawab Taeyeon dengan wajah yang terkejut. Waktu itulah Ji Hyo teringat dengan perkara yang berlaku pagi tadi.
        " TAEYEEOONN!! Aku rasa aku terlanggar dia pagi tadi " Ji Hyo menjerit seperti orang kurang siuman. " Ji Hyo, janganlah menjerit! Bengislah telinga aku..!! " jerit Taeyon. "Kau sendiri pun menjerit.. " kata Ji Hyo sambil memuncungkan bibirnya.
         " Oh, Maaf." Taeyeon berkata kepada Ji Hyo sambil tersenyum tersengih-sengih. Mereka berdua bercadang untuk menemui Joong-Ki selepas waktu rehat. 
         " Taeyeon, Joong-Ki kelas apa? " tanya Ji Hyo kepada Taeyeon. 
         " Entahlah. Aku pun tak tahu. Jom kita pergi cari Taeyang. Dia kan budak yang tahu segalanya." kata Taeyeon menyindr Taeyang. Ji Hyo dan Taeyeon ketawa terbahak-bahak. Mereka pun pergi berjumpa dengan Taeyang.
         " Hey, Taeyang. Kau tahu tak Joong-Ki kelas apa? " tanya Taeyeon. Tetapi soalannya tidak berbalas kerana Taeyang asyik membuat kerjanya dengan tekun sekali. " HEY, TAEYANG! AKU TANYA NIII!! " jerit Taeyeon ke telinga Taeyang.
         " Ishhhhh, apa jerit-jerit ni? Kau mahu telinga aku ni pekak ke? " balas Taeyang dengan serius. " Kau mahu tahu kelas Joong-Ki buat apa? " Taeyang bertanya.
         " Aku nak hantar buku dia ni balik. Aku tersalah ambil pagi tadi. " kata Ji Hyo termenung melihat diluar tingkap. " Jadi, kau tahu tak dia kelas apa? " tanya Ji Hyo.
       " Aku rasa dia dalam kelas D-3." kata Taeyang dengan slumber
       " Terima kasih, Taeyang! Aku tahu kau ni dapat membantu. " kata Ji Hyo, menggosok rambut Taeyang. rambut Taeyang lalu menjadi kusut-masai olehnya. Ji Hyo dan Taeyeon terus ke kelas Joong-Ki. 


       Mereka mengetuk pintu. " Boleh saya berjumpa dengan Joong-Ki?" tanya Taeyeon. Joong-Ki sedang berlepak bersama rakan-rakannya. Apabila Joong-Ki terdengar namanya itu, dia terdiam seketika.
       " Apahal? " tanya Joong-Ki. Dia memerhati Ji Hyo yang menunduk kepalanya sambil memegang buku merah Joong-Ki. 
        " Ini kau punya. Aku tersalah ambil semasa kita berdua terlanggar pagi tadi. " kata Ji Hyo, menghulurkan buku Joong-Ki. " Itu saja aku hendak cakap. " sambung Ji Hyo lagi.
        Joong-Ki hanya berdiri disitu mengambil buku tersebut tanpa sebarang kata. Dia terus berlalu pergi begitu sahaja.
         "Apalah Joong-Ki itu. Bukannya nak cakap 'Terima Kasih' pun. hmmpp " Taeyeon membebel. Dia tidak berpuas hati dengan Joong-Ki. " Ji Hyo, kau okay ke? " tanya Taeyeon. Ji Hyo tunduk, mukanya merah padam. " A-Aku okay je. "
         Sejak itu Ji Hyo rasa sesuatu yang menganggu fikirannya. Dia asyik memikirkan Joong-Ki. " Adakah aku patut beritahu perasaan aku terhadap Joong-Ki kepada Taeyeon?" bisik hati Ji Hyo.
         Keesokan harinya, Taeyeon sedang membuat kerjanya bersebelahan dengan Ji Hyo. " Taeyeon, aku nak cakap sesuatu dengan kau. Janji jangan beritahu dengan orang lain, okay?" kata Ji Hyo.
         " Okay, aku janji. Apa yang penting sangat ni, Ji Hyo?" tanya Taeyeon. Ji Hyo merapati kerusinya dengan Taeyeon. 
         " Aku rasa aku jatuh hati dengan Joong-Ki." bisik Ji Hyo ke telinga Taeyeon. Muka Ji Hyo bertukar menjadi merah padam. Dia pun menundukkan kepalanya.
        Taeyeon diam seketika dan menyambung membuat kerjanya dan berkata, " Aku perasan yang kau suka kat dia tu. Sejak kau jumpa dia semalam. "
        Waktu rehat, Ji Hyo ke tandas seorang diri. Dia terserempak dengan seorang lelaki. "Eh, nama kau Ji Hyo kan?" tanya lelaki itu. " Err, namaku Gary." sambungnya.
        Ji Hyo membalas dengan mengangguk kepalanya. " Kenapa kau tanya?" Ji Hyo bertanya. " Aku sebenarnya sudah lama sukakan kau. Kau yang tak perasan. " Gary berkata dan semakin mendekati Ji Hyo.
         "Apa yang kau buat ni?! " jerit Ji Hyo. " Eh! Lepaskan aku lahhhh!! " jeritnya lagi.
         " Come on lah, Ji Hyo. " kata Gary. Dia menggenggam tangan Ji Hyo dengan erat sekali. Tetapi, BUKKK! satu tumbukan yang kuat yang terkena muka Gary. "HEY! JANGAN NAK GATAL BOLEH TAK?! " jerit Joong-Ki. Joong-Ki menarik tangan Ji Hyo lalu meninggalkan Gary berseorangan.
          Joong-Ki dan Ji Hyo duduk di bangku bersebelahan dengan kelas Joong-Ki. " Kenapa kau sanggup menyelamatkan aku?" tanya Ji Hyo kepada Joong-Ki. Ji Hyo mulanya tunduk lalu mengangkat kepalanya dan memerhati muka Joong-Ki.
             " Sebab aku sayangkan kaulah aku selamatkan kau... " jawab Joong-Ki lalu memeluk Ji Hyo dengan erat sekali. Ji Hyo berasa amat terkejut dengan tindakan Joong-Ki. Joong-Ki melepaskan pelukan itu. Dia menghantar Ji Hyo balik ke rumah. Di dalam perjalanan, Joong-Ki memegang tangan Ji Hyo. Muka Ji Hyo bertukar menjadi merah padam.
       Pada keesokkan harinya, Ji Hyo berdandan dengan cantik sekali sebelum turun ke sekolah. Dia kelihatan sudah tidak sabar-sabar lagi hendak bercerita tentang peristiwa pada hari kelmarin kepada Taeyeon. Dalam perjalanan menuju ke kelas, Ji Hyo tersempak dengan Gary. Ji Hyo memandang Gary lalu menjelingnya dan terus masuk ke dalam kelas..
         " TAEYEON!! " jerit Ji Hyo..
        " Apa yang penting sangat ni sampai kau jerit nama aku..? Satu sekolah boleh dengar.. " jawab Taeyeon sambil membaca bukunya.
        " Maaf!! " ucap Ji Hyo..
        " Ni mesti fasal Joong-Ki..?? " teka Taeyeon..
        " Betul tu.." jawab Ji Hyo.. " Kau tau tak, semalam Joong-Ki selamatkan aku daripada Gary.. " jelas Ji Hyo..
        " Gary? Apa yang dia dah buat? " tanya Taeyeon menutup bukunya. Ji Hyo pun menceritakan apa yang terjadi kepada Taeyeon dari A sampai Z.
      " Apa?? " jerit Taeyeon. " Mulai hari ini, kau jangan dekati Gary lagi!! Keselamatan kau sekarang ni terancam. "
      Keesokan harinya, Ji Hyo hendak memberitahu Joong-Ki tentang perasaannya terhadap Joong-Ki. "Joong-Ki, aku... Aku.... Aku sukakan kau Joong-Ki." Bergetar suara Ji Hyo ketika dia hendak memberitahu Joong-Ki.
      Joong-Ki hanya berdiam diri.  Dia memerhati Ji Hyo dengan tajam sekali. " Apa yang kau cakapkan ni? Kau sukakan aku? Pergi belahlah. Kau jangan nak harap aku akan membalas cinta kau tu. " balas Joong-Ki dengan kejam.
      Ji Hyo menundukkan kepalanya dan berkata, "Maafkan aku kalau aku menganggu kau. " Ji Hyo terus berlari ke luar sekolahnya dan duduk di atas tangga.
     " Ji Hyo? " satu suara yang mendekati Ji Hyo. " Kau okay ke?" 
      "Gary? Eh, jangan dekati akulah. " Ji Hyo menolak Gary. Gary hanya duduk di sebelah Ji Hyo. Suasana menjadi sunyi sepi.
      " Aku luahkan perasaan aku kepada Joong-Ki. Aku fikirkan dia akan terima aku dan menyukai aku seperti aku menyukai dia." Ji Hyo mula berkata memecahkan suasana sunyi itu.
       " Ji Hyo, kau nak tahu perkara sebenarnya? " Gary pun membalas. Ji Hyo hanya memusingkan kepalanya menuju ke Gary. " Sebenarnya, Joong-Ki hanya mempermainkan kau. Kawan-kawan dia yang mencabarnya sewaktu kau pergi ke kelasnya hari tu. Hal aku hari tu, dia yang menyuruh aku buat itu. Tetapi, perkara yang aku sebut kepada kau memang benar. Aku benar-benar sukakan kau, Ji Hyo." Gary menyambung percakapannya. Ji Hyo agak terkejut. Dia menangis lalu Gary menariknya dan terus memeluknya. Langit yang mulanya kelihatan cerah, tiba-tiba menjadi mendung. Titisan hujan mula membasahi Ji Hyo dan Gary. Gary masih memeluk Ji Hyo. 




       Beberapa minit kemudian, hujan mula berhenti. Ji Hyo berkata, " Gary, awak .... " lalu pengsan. Gary menjerit sekuat hati untuk meminta pertolongan. Tapi malangnya, tiada seorang pun yang mendenagr jeritan Gary. Gary terus membawa Ji Hyo lalu membawa Ji Hyo ke hospital untuk menerima rawatan. Gary membuka baju nya lalu menutup badan Ji Hyo yang basah dan sejuk. Pada keesokkan harinya, Taeyeon pergi melawat Ji Hyo di hospital. Taeyeon melihat Gary sedang tidur di tepi katil Ji Hyo. " Ni mesti sebab Gary! " ucap Taeyeon dalam hati. 


          " Kau okey ke? " tanya Taeyeon sebaik sahaja melihat Ji Hyo terbangun. " Ya, aku okey. " jawab Ji Hyo. Seorang doktor lelaki ingin berjumpa dengan keluarga Ji Hyo. " Adakah awak keluarga Cik Ji Hyo? " tanya doktor kepada Taeyeon. " Tak, kami kawan rapat. " jawab Taeyeon. " Mari ikut saya. " kata doktor itu kepada Taeyeon. Taeyeon pun mengikut doktor itu pergi ke pejabatnya. " Cik Ji Hyo mempunyai penyakit leukimia tahap 3, iaitu tahap yang berbahaya. Dia harus dibedah sekarang juga. " kata doktor dengan nada yang rendah dan sayu. " Dia harus dibedah sekarang juga??! " tanya Taeyeon dengan nada yang agak tinggi. " Ya, jika tidak awak akan tahu apa yang akan berlaku seterusnya. " jawab doktor lelaki itu yang bernama, Seung-Ri. " Cepatlah bedah.. Tunggu apa lagi.. Wang?? Saya akan sediakan. Kawan saya harus diselamatkan. " jerit Taeyeon pada doktor Seung-Ri. " Baiklah. Jururawat, sediakan peralatan untuk seorang pesakit sekarang juga. " arah doktor Seung-Ri. 
        " Ji Hyo, awak mengalami penyakit leukimia tahap 3. Ianya tahap berbahaya. Kenapa awak tak cakap selama ni kau ada penyakit??! " tanya Taeyeon. 
        "Saya tak mahu awak risau. Saya tak mahu sesiapa pun risau." balas Ji Hyo dengan sayu. Air mata mula mengalir ke pipi Taeyeon.
        Selepas membayar bil untuk pembedahan, Ji Hyo terus dibawa ke ruang pembedahan. Gary dan Taeyeon terus menunggu. Joong-Ki dan Taeyang juga ada di situ. Dari jam 3 petang tadi Ji Hyo. Dan kini jam sudah menunjukkan pukul 8:21 malam. Gary kelihatan amat risau. Tidak lama kemudian, doktor Seung-Ri keluar dengan perlahan sekali. Gary sudah kelihatan cemas dan gelisah.

           " Ermm... Maafkan saya.. Ji Hyo sudah tidak dapat di selamatkan.. " kata doktor Seung-Ri dengan perlahan. Gary terduduk di atas lantai lalu menangis. Doktor Seung-Ri turut sedih dengan apa yang berlaku. Tiba-tiba, Taeyeon dan Joong-Ki berpelukkan. Mereka kelihatan tidak sedih langsung. Malah, mereka semakin tersenyum lebar.
        " Apa maksud semua ni..? " jerit Gary. Taeyeon menjawab, " Aku sengajalah nak mempermainkan si Ji Hyo tu.. Aku rimaslah dengan dia.. Asyik-asyik cerita fasal kekasih aku ni, Joong-Ki.."  " Aku sengaja nak buat Ji Hyo perasan yang aku suka kat dia, tapi sebenarnya tak..! " kata Joong-Ki pula.. " Ini dah melampau!! " jerit Gary. Joong-Ki dan Taeyeon hanya pergi begitu sahaja sambil ketawa. 
      " Ini Ji Hyo ada tinggalkan surat untuk kamu sebelum dia dibedah.. " kata doktor Seung-Ri selepas 13 minit kemudian. Gary membuka surat itu dengan perlahan sekali.


"      Gary,
Surat ini sengaja saya tujukan pada awak bila saya sudah tiada. Maafkan saya kerana selama ini saya berburuk sangka dengan awak. Maafkan saya jika saya pernah melukai hati awak. Sebenarnya, sebelum saya mencintai Joong-Ki, saya secara diam-diam mencintai awak. Saya sayang awak. Saya harap awak akan dapat berjumpa dengan perempuan yang lebih baik dari saya. Maafkan segala kesalahan saya. Saya cintakan awak. I found you, Gary.                       
                                                                                                                              - Love, Ji Hyo ♥ -           ''



    Gary agak terkejut lalu melepaskan surat itu. Surat itu melayang dibawa angin rindu. Kisah cinta Ji Hyo dan Gary terhenti sampai di sini saja. Angin rindu terus menjadi-jadi hingga surat Ji Hyo hilang terbang bersama angin.



                                              ~ THE END ~

2 comments: